New!!! e-Pelaporan 2009 Bahagian Miri

Untuk Download e-Pelaporan terkini Tahun 2009,
Klik >>di sini<<

WAJIB hantar ke PPD Miri sebelum 30 Jun 2009 untuk memudahkan Guru Data j-QAF Miri menghantar laporan ke JPN.

Sila Klik >>di sini<< Untuk download Ujian Jawi 6 Bulan Pertama & Kedua 2009.

Diharap Semua Sekolah Bagi Kohort 05/06/07/08/09 Dapat Menghantar e-Pelaporan Secepat Mungkin. Terima Kasih.

Sunday, June 28, 2009

..:: Antara RM50 dan Seringgit ::..

1 comments

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit Dan bertanya:

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, GI KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M'sian Idol.. Tempat2 cam tuh lah. He, ko camner lak?"

Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………'SURAU…., MASJID……., SURAU………"

BEZA RM50 DAN RM 1

Saya mendapat email di atas dari sahabat yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat MA di UKM. Bila sekali baca, ia hanya senyuman biasa. Sekadar beranggapan tentang hebatnya diciptakan sebagai RM50 atau diberikan kekayaan. Tetapi sebenarnya banyak lagi pentafsiran yang dapat dilihat. Cuba baca sekali lagi dan cuba fikir dengan lebih mendalam. Kenapa RM1 hanya tertunduk lesu?

Kekerapan kita ke Masjid akan dapat melihat perbezaan antara keduanya. Jarang dilihat RM50 diselitkan di dalam Tabung Masjid. Jarang juga yang merah diselitkan dan kalau ada pun, munkin jarang-jarang. Tetapi yang selalu dilihat warnanya biru juga, tetapi nilainya berbeza. Yang selalu dimasukkan adalah yang RM1. Betul tak?

Not yang besar hanya untuk yang hebat dan besar serta menampakkan "Prosperity". Jika dilihat hanya benda yang murah dan tidak ber'branded', sudah pasti sukar untuk membuat penampilan. Adat manusia, yang hebat itulah dipandang tetapi kita lupa bahawa yang hebat itu sebenarnya beban. Mintak jauh dari Allah dengan bebanan yang tidak tertanggung nanti.

DERMA MASJID

Penulis beberapa kali terlibat dalam projek mengumpul dana bagi pembinaan sesuatu Masjid dan sebagainya. Tetapi penulis naik malu dan sangat segan apabila berjumpa dengan saudara seIslam yang sangat berkira untuk mewakafkan sedikit hasrat untuk ke jalan Allah. Tidak dinafikan ramai yang bermurah hati, namun terasa sedikit sedih apabila alasan yang diberikan dari sesetengah yang hanya menampakkan kekurangan kita dalam penghayatan beragama.

Sebagai contoh, orang sanggup berkongsi dengan beberapa orang untuk mencukupkan RM50 bagi satu kaki persegi Wakaf Masjid. Kita memahami munkin mereka masih ada tangungjawab yang perlu diselasaikan. Namun, yang disedihkan apabila ada yang hanya sanggup memberikan beberapa keping RM1 untuk mencukupkan satu kaki persegi tadi. Cuba bayangkan dari pendapatan yang diperolehi dari setiap bulan, RM50 itu bukan terlalu banyak, dan bukan hari-hari perlu diberikan. Cuba kita bermuhasabah dalam perbelanjaan harian, antara RM50 dan RM1, dimana mejoriti ia dibelanjakan.

Benarlah kata-kata RM1,

"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………'SURAU…., MASJID……., SURAU………"

Penulis hanya berpendapat dan menulis berdasarkan pengalaman dan tidak maksudkan sesiapa. Penulis tidak nafikan ramai yang membantu dalam membelanjakan harta ke jalan Allah. Tetapi penulis sedikit terkilan dengan jawapan-jawapan yang tidak sepatutnya diberikan jika melibatkan agama.

Friday, June 26, 2009

..:: Terlalu Lama Tidak Menulis ::..

0 comments

Sudah lama tidak menatap 'Blog Post' dan update blog. Beberapa minggu ini banyak tugasan yang perlu diselesaikan dan memerlukan banyak pengorbanan masa. Masa bekerja dan juga masa yang selepasnya.


Ramai sahabat yang bertanya kenapa tidak unpdate blog? Saya hanya menjawab, masa berkualiti untuk mengadap skrin laptop tidak kesampaian. Apabila pulang kerumah, laptop tidak mampu untuk dihadap. Kalau sebulan lepas, hampir tiap-tiap malam mengadap dan membuat apa yang patut.


Banyak juga mesej yang ditinggalkan oleh sahabat yang sudi bertandang, maaf dipinta kerana lambat membalas mesej. Bukan tak sudi, tetapi mesa yang cukup mencemburui.


Hari ini, semangat untuk menulis datang kembali. Terasa juga lambat Prosessor Otak berfikir memikirkan jawapan. Terasa juga lupa dengan olahan ayat yang memberi ruang untuk orang lain berfikir. Jika hanya menulis, tetapi tidak dapat memberi makna kepada orang lain, ini bermakna belum cukup untuk memberi sesuatu kepada Umat.


Pepatah arab ada menyebut "Kata-kata yang lembut boleh membentuk hati". Satu kalimah yang cukup diingati. Kadang-kadang penulisan memerlukan banyak pengalaman membaca dan mendegar. Apa sahaja yang dibaca dan didengar boleh dijadikan sebagai bahan untuk menulis.


InsyaAllah komitmen kepada penulisan akan terus diutamakan. Maaf sahabat-sahabat yang lambat diberikan perhatian. Jazaakumullah atas lawatan.

Friday, June 19, 2009

..:: Rasa Nak Tergelak ::..

0 comments

Lawak macam ni pun ade..

Saturday, June 06, 2009

..:: Bila Lama Tak Jumpa Mak ...::..

0 comments

Thursday, May 21, 2009

..:: Antara Sibuk ::..

0 comments

Pergerakan harian terlalu memenatkan. Tugasan wajib yang sememangnya tertunggu untuk dihisab dihadapan Allah nanti. Kadang-kadang hanya ada tidak sampai satu jam untuk bergerak ke destinasi program yang berikutnya.

Sibuk?

Sebenarnya, dalam kesibukan tersebut terbukti sebenarnya semuanya dipermudahkan.

Sampai dirumah biasanya sekitar 5.40 petang, selepas mengambil isteri dari tempat bekerja yang hanya tidak sampai 1 km dari sekolah. Sampai sahaja, terus berkemas untuk ke destinasi berikunya, ada saudara seIslam yang menunggu untuk mendengar apa yang perlu untuk akhirat mereka. Kadang-kadang sampai ke Masjid diwaktu maghrib ketika Imam hampir selesai menunaikan solat maghrib. Ini berlaku apabila jadual tazkirah di Masjid Lutong. Jauhnya sekitar 17 km dari Kg luak. Tempat yang saya menyewa sejak 4 tahun yang lepas. Jauh sebenarnya, tetapi itulah agenda mingguan yang telah dilalui semenjak 3 tahun yang lepas.

Letih?

Ikhlasnya, ya. Memang letih dan kebiasaannya akan cuba melelapkan mata sebaik sahaja sampai ke rumah sekitar jam 9 malam. Tetapi sebenarnya, tidak sempat lagi untuk terus terlelap, kebiasaannya ada urusan yang minta disegerakan. Kadang-kadang ada permintaan dari sahabat untuk membuat sesuatu. Contohnya; artikel dari sudut agama, kadang-kadang bagi menyiapakan teks ucapan, ada juga untuk teks Forum dan ada juga yang berkaitan keguruan.

Tension?

Ikhlasnya, Tidak. Saya lebih tension jika tiada tugas yang hendak dilakukan. Otak seperti beku dan menunggu untuk digelegakkan. Menunggu ketika untuk dirancakkan. Yang lebih tension bila datang penyakit "Blurrrr...". Ini jika terlebih tidur. Pasti Blur akan menyelinap kekusutan minda.

Cukup Tidur?

Ikhlasnya, Tidak. Tidur selewat 1 atau 2 pagi dan bangun seawal 4.45 pagi. Subuh kat Miri ni awal, jadi kena bangun awal. Semua waktu sembahyang pun awal, nak bezakan dengan semenanjung.

Dalam bab ini saya masukkan kata pengasas Genting. Bukan nak ikut judinya, tetapi nak ikut implimentasinya. Lim Goh Tong kata dalam bukunya "My Story"; "Tidur Lewat, Bangun Awal". Ini orang Cina punya pemikiran, tapi sebenarnya tak salah kita ambik yang jernih.

Tapi, kalau kita ingat apa yang nabi kata. Pasti akan mendekatkan diri kepada pencipta. Kan Nabi pernah kata dalam sabda Baginda;

Dari Abi Bakrah dia mendengar dari bapanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w; "Wahai Rasulullah siapakah manusia yang paling baik?". Jawab Baginda s.a.w; "Orang yang panjang umurnya dan banyak amalannya". Dia bertanya lagi; "siapakah manusia yang paling jahat?". "Orang yang panjang umurnya dan jahat pula amalannya". Riwayat Tirmizi.

Kata-kata motivasi untuk diri sebenarnya, nak jadi baik...

Bila tidur lewat, ada banyak amanah yang dapat dilaksanakan, sama ada yang hal guru, mahupun yang "Free Lance". Dan bangun awal pulak dapat mendisiplinkan diri dalam bekerja. Seawal 6.20 pagi saya sudah di sekolah. Dan seawal 6.30 pagi dapat bersama pelajar untuk Tasmik al-Quran. Budak-budak ni, bila tiap-tiap hari baca Quran, akhlak mereka tak susah nak kawal. Mudah nak bagi nasihat, dan yang sangat penting saya dapat membaca Al-Quran setiap hari!

Ada hasil?

Banyak hasil yang Allah bagi. Banyak perkara yang Allah permudahkan. Saya selalu ingat pesan Mak; "Kita buat baik, Orang Akan Buat Baik Dengan Kita". Itu pesan my Mum sejak dulu lagi. Ya, sangat tepat dan benar, Alhamdulillah sangat banyak Allah berikan kepada insan kerdil ini. Yang paling saya happy, saya dapat bawa isteri ke sini.

Kenapa Dengan Isteri?

Saya berjauhan dengan isteri 1 tahun setengah, sangat lama. Emm... nanti saya cerita bab berjauhan dengan Isteri...

Untuk Isteri, kerja dengan amanah ya. Bukan semua orang Allah berikan peluang yang berharga. Gunakan dengan sebaiknya.

Kesimpulan?

Nanti cerita lagi, sebenarnya Sibuk itu tak salah. Yang jangan dibuat, kita hanya menyibuk...

Detik Nyawaku

KEPADA SEMUA

Sila klik My Organizer atau klik "HERE" untuk diari nassruLLAH's

Diari Bulan Julai

  • 11 Julai 2009 / Bacaan Doa bagi 50 Tahun Persatuan Melayu Miri / Dirasmikan Oleh Pehin Sri Ketua Menteri Sarawak
  • 4 Julai 2009 / Ceramah Motivasi / SMK Riam / 8.00 - 10.00 am
  • 2 Julai 2009 / Ceramah Motivasi / SMK Teknik, Miri / 6.30 - 8.30 pm

Diari Bulan Jun

  • 30 Jun 2009 / Ketua Hakim Hafazan Pra Sekolah / Eastwood Golf & Country Club
  • 26 Jun 2009 / Menyampaikan Khutbah di Masjid Al-Taqwa Miri
  • 25 Jun 2009 / Ceramah Bersempena Hari Anti Dadah Antarabangsa / Masjid Bekenu / Anjuran AADK, Miri
  • 19 Jun 2009 / Menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Darul Istiqamah Kg. Luak
  • 18 Jun 2009 / Solat Hajat UPSR / my School
  • 17 Jun 2009 / Ceramah Kemahiran Komunikasi / Bahagian Pendidikan Islam, KPM / Mega Hotel, Miri
  • 13 Jun 2009 / Forum Perdana Hal Ehwal Islam / JAKIM - Persatuan Kebajikan Islam Perubatan, Miri
  • 4 Jun 2009 / Majlis Kesyukuran Masjid Darul Istiqamah, Kg Luak. Miri
  • 3 - 14 Jun 2009 / Part Time Lecturer IPGM, Kampus Sarawak
  • 1 jun 2009 / MC Majlis Perkahwinan Anaknda Pemanca Abang Haji Mohamed Bin Datok Sri Abang Haji Othman

Diari Bulanan MEI

  • 28 Mei 2009 / Qiyamullail bersama RAMD, Kem Seri Miri
  • 24 Mei 2009 / MTQ PETRONAS Carigali / Hakim Fatih & Munabbih
  • 12 Mei 2009 / Sukan Sekolah
  • 10 Mei 2009 / Ceramah Kursus Haji Bersiri / Masjid Al-Taqwa, Miri
  • 10 Mei 2009 / 5.00 pagi / Tazkirah Subuh Masjid Darul Istiqamah KG Luak, Miri
  • 9 Mei 2009 / 8.45 Malam / Bersama penduduk KG Bakam / Tazkirah " FESYEN Menurut Islam "
  • 9 Mei 2009 / 6.30 petang / Tazkirah Maghrib di SMKA Miri "CINTA"
  • 9 Mei 2009 / Majlis Perasmian Oleh Datuk Seri Abang Zohari Openg / Stage Manager
  • 8-10 Mei 2009 / KMIC bersama Yayasan Pelajaran Mara
  • 1 Mei 2009 / Menyampaikan Khutbah di Masjid Kampung Bakam

klik pada gambar

"Sebahagian dari pengalaman nassruLLAH"

Seminar UPSR 2009

Bersama Anak Yatim

Visit To D35 Offshore

MTQ Saudara Baru

Sumbangan ATSB

Kem Bina Juara

Kem Bestari Solat

Sahabat Blog

 

Mohd Nassru Abdul Latif | Copyright 2008 All Rights Reserved | Blogger Template by Bloganol and Smart Blogging Tips | Distributed by nassrullah.blogspot.com